Dari huruf ke huruf
Aku tak pernah memaksa sesiapa untuk kepentingan diri aku sendiri. (Kalau ada sesiapa terasa terpaksa dengan cara aku sebelum ini, aku minta maaf.) Hidup sangat tak berguna kalau adanya sikap paksa dan dipaksa. Aku tak paksa orang suka pada aku. Aku tak paksa orang untuk benci pada aku. Aku buat sesuatu untuk kesenangan diri sendiri dan untuk menyenangi orang lain juga pada masa yang sama. Aku tahu aku terlalu lemah dalam banyak hal. Aku sedar siapa aku untuk berjalan atas muka bumi ini dengan orang-orang hebat. Aku tak ada apa-apa kehebatan. Mungkin aku mewarisi sikap kasihan dari emak aku. Sehingga sanggup lihat orang lain hidup lebih bahagia dan gembira daripada melihat diri sendiri yang dalam ruang masalah hidup bersendiri. Aku tak menafikan yang aku ada keegoan yang kuat. Aku mungkin boleh berbangga dengan keegoan itu tapi keadaan sebenarnya adalah sebaliknya. Hidup penuh dikaburi dengan menipu diri sendiri demi orang lain. Adakah aku dilahirkan untuk menjadi satu alat kebahagiaan orang lain?
Aku dah tak kisah kalau ditakdirkan hidup berterusan begini. Seperti apa orang selalu kata. “Apa yang kita nak, itulah yang selalunya tak akan dapat.” Apa yang penting kehidupan yang singkat ini perlu diteruskan. Di hadapan mata kasar tak tentu lagi apa yang akan berlaku pada hari esok. Sama ada celaka atau biasa atau gembira atau sebaliknya. Aku tak hairan jikalau ada orang yang nak mempermainkan aku. Hakikat hidup katakan. Aku tak akan balas, aku biarkan. Sampai bila aku boleh dipermainkan. Kalau mayat aku pun jadi bahan mainan pun biarlah. Apa yang aku boleh buat. Aku tak boleh buat apa-apa. Melainkan melihat dan terus lihat.
Barangkali ini satu pengorbanan untuk orang-orang disekeliling aku. Aku pun tak perlu penghargaan dari sesiapa. Simpati dari orang pun diminta agar dijauhkan. Seandainya aku meminta pertolongan, akan aku ingat dan hargai jasa orang itu sampai bila-bila. Kalau boleh aku tak nak meminta pertolongan dari sesiapa. Biar aku hidup untuk membantu dan menolong orang. Selagi aku berdaya. Selagi aku boleh berdiri dengan satu batang tubuh yang tiada apa-apa istimewa ini., aku akan terus berdiri dengan kudrat yang diberi oleh Pencipta. Aku redha. Aku bersyukur dengan hidup aku. Ada orang lebih jauh teruk nasibnya dari aku. Aku juga banyak dosa-dosa. Bermacam dosa. Tiada yang lain boleh mengampuni dosa-dosa itu melainkan Yang Esa. Kalau boleh aku nak minta maaf pada semua orang yang aku pernah kasari sama ada sengaja atau tidak. Aku manusia biasa lagi lemah. Tak salah orang memandang kelemahan aku. Itu hak mereka. Yang penting aku akan melihat kebaikan orang pada aku.
Aku cuba menjadi baik sebab aku bukan manusia baik. Syaitan tak pernah sunyi dari menyesat anak Adam. Bermacam cara yang halus dan telus dia usahakan 24 jam tanpa cuti atau M.C. Aku yang sering leka dengan keindahan dunia. Memang yang indah itu manis pada pandangan manusia. Lagi la manusia yang lemah seperti aku. Aku menulis untuk meluah tentang aku untuk menilai sejauhmana aku mengenal aku. Aku belum dapat faham erti sebenarnya diri aku sendiri. Kalau aku faham, aku akan menangis sepanjang masa di depan Yang Khalik sebab setiap masa yang berganjak adalah menuju penghujung usia yang aku tak tahu. Hanya orang yang bijak buat bekalan untuk persediaan ke sana. Nampaknya aku masih belum bijak dan boleh dikatakan bodoh kerana masih mengilai kepalsuan dunia yang aku sendiri tahu betapa palsunya dunia plastik ini. Semuanya fatamorgana.
Aku berharap aku kembali dengan keadaan yang diredhai-Nya. Aku pernah bermohon agar aku pergi tanpa harta, tanpa berkeluarga dalam usia yang muda ketika aku di jalan yang benar. Agar aku pergi seorang diri tanpa ada orang menyayangi dan menangisi. Itu kisah lampau aku. Aku menanti hari esok apa yang berlaku.
10.58pm
28April2006.